Total Pageviews

Monday, July 24, 2006

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Di Keheningan pagi Jumaat (21 July 2006), Almarhum Ustaz Azam Bin Harun(66 Tahun) telah meninggal dunia di Hospital Kuala Terengganu kerana mengalami masalah komplikasi Buah Pinggang. Almarhum merupakan bapa saudara sebelah ibuku yang sulung. Beliau merupakan seorang bekas Ustaz. Beliau meninggalkan seorang isteri dengan 6 org anak (4 Lelaki: 2 Perempuan) serta 4 org cucu.
Beliau dikenali dikalangan anak2 buah gan panggilan Lid (Walid).Merupakan abang yg begitu rapat gan ibuku. Beliau juga yg banyak memainkan peranan dalam mempercepatkan proses pernikahan dan menjadi salah seorg dari saksi semasa aku melangsungkan pernikahan dgn isteriku pada 16 Jun 2005 lalu.
Beliau sempat dtg dan bertanya keputusan dan status kewangan samada susah cukup @ belum . Aku menghormatinya sperti seorg bapa.Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan panduan khususnya dalam selok belok agama. Kali terakhir aku sempat berbual gan beliau (April 2006), semasa aku sibuk mencarikan nama yg sesuai buat anakku Nafhan. Beliau merestui pemberian nama tersebut. Kami sekeluarga (sebelah ibuku) sering merujuk kpdnya kerana pengetahuan dan ilmu yg tinggi dlm agama.
Sedikit latarbelakang beliau; merupakan anak yg sulung dlm keluarga ibuku, 10 org semuanyer (4 Lelaki: 6 Perempuan).Mendapat Pendidikan Rendah di Sek Melayu Chabang 3, Kuala Terengganu.Kemudian menyambung pelajaran ke Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Kemudian menyertai sektor pendidikan sebgai seorg Ustaz. Beliau amat di kenali di kawasan daerahku kerana di samping mengajar, beliau juga menyampaikan tarbiah @ syarahan di surau2 dan masjid.
Beliau juga mempunyai hobi gan menulis khat.Hasil2 ini dapatku lihat digantung dirumahnya dan di hadiahkan kpd kawan & sanak saudara.
Aku dikejutkan gan sms dari kpg menyatakan arwah telah pergi meninggal kami sblm sempat aku pulang utk menjeguknya. Kebetulan sewaktuku pulang mengambil Nafhan gan isteri. Aku hanya sempat memerhatinya dari jauh. Aku x berkesempatan utk singgah dirumahnya yg hanya dlm 2 km dari rumah ibuku.Kebetulan pula perkarangan rumah arwah sedang dilaksanakan proses widening jalan.Setiap hari ketika melalui rumahnya, sempat aku melihat gerak-gerinya memerhatikan rumah dan struktur rumah yg sedang diperbaiki.
Aku rasa agak terkilan kerana tidak sempat utk membawa Nafhan bertemu gannya. Inilah yg dikatakan sbg satu Suratan Ilahi. Segala2nya satu ketetapan Ilahi yg kita tidak dpt ubah walau sedetikpun...

Pepatah Melayu mengatakan...Patah Tumbuh Hilang Berganti...Pkl 6.30 pagi yg sama,Pakcikku yg Bongsu (Adik ibuku) menimang cahayamati lelaki(2.9kg) di Hospital Putrajaya.Inilah kekuasaan Ilahi, yg pergi akan di ganti gan yg baru. Ini merupakan anak ke 4 pakcikku...sblm nie dah ader 3 perempuan.Anaknya belum di beri nama lagi. Di sini aku sertakan foto2 semasa aku menziarahi Pok Awang (22 July 2006) gan keluarga..
to be continue...

No comments: