Total Pageviews

Wednesday, July 05, 2006

SMKADG - Dalam Kenangan 1990-1994




Sekolah Menengah Kebangsaan A Durian Guling, Marang, Terengganu. Di sini aku mula menimba ilmu di peringkat menengah, aku bersekolah dari tahun 1990 hingga 1994. Aku menduduki 2 peperiksaan disini iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP)1992, ianya merupakan tahun terakhir sebelum diperkenalkan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1993.

Selepas itu,aku menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1994. Sekolah ini lebih kurang dalam 5 km dari rumah aku.Dari Tingkatan 1 hingga 4 aku berulang ke sekolah.Masuk Tingkatan 5, aku ambik inesiatif itu fokuskan cita2 aku nak melangkah ke menara gading. Aku tekatkan hasrat untuk memohon tinggal di asrama, walaupun aku tinggal berdekatan tapi akhirnya aku layak, maybe sbb aku agak rapat2 gan guru2 sekolah masa itu.Kebetulan, aku memang rapat gan warden asrama lelaki ketika itu.Kebetulan juga dia merupakan guru penasihat disiplin dan Badan Pengawas.

Alhamdulillah, Tingkatan 5, aku diberi kepercayaan dan di lantik sebagai Ketua Pengawas SMKADG -1994. Disini ader sedikit peristiwa yg agak penting dlm sejarah persekolah aku.Pada peringkat awalnya, sekolah aku merupakan sekolah yg ditadbir oleh kerajaan negeri Terengganu.Pada tahun 1994, ianya diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, ketika itu dibawah naungan Dato Seri Najib Tun Razak.

Peristiwa yang menarik ialah, kami merupakan generasi terakhir yang merasai suasana pentadbiran kerajaan negeri yg di anggap lebih bersifat kenegerian. Ini kerana sekolah2 dibawah kerajaan negeri boleh dikatakan memang tidak berinteraksi secara terus sama dalam program pendidikan atau sukan.

Sekolah agama negeri ketika itu terdiri dari 13 buah semuanya di seluruh negeri, bermula dari :
1.Sek Men Agama Al Falah- Kemaman
2.Sek Men Agama Durian Guling - Marang
3.Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abdin (SMAASZA) - Batu Buruk, Kuala Terengganu
4.Sek Men Agama Sultan Zainal Abidin (Lelaki) - Ladang, Kuala Terengganu
5.Sek Men Agama Khairiah (Perempuan) - Gong Kapas, Kuala Terengganu
6.Sek Men Agama Mahmudiyah - Kuala Brang, Hulu Terengganu
7.Sek Men Agama Wataniah - Alor Keladi, Jertih, Besut
8.Sek Men Agama Maarif - Besut
9.Sek Men Agama Iftifakiah - Kuala Besut
10.Sek Men Agama Nurul Iktifat - Besut
11.Sek Men Agama Marang -Marang
12.Sek Men Agama Sultan Ismail - Dungun
13.Sek Men Agama Batu Rakit - Wakaf Tengah, Kuala Terengganu
(kalu x silap laa..ini yg aku ingat..)

Pada tahun 1994, 4 buah dari diatas termasuk SMA Durian Guling diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Sblm nie bebudak sma negeri bg yg lelaki pakai seluar putih, pelajar perempuan pakai kain hijau.

Lps diambil alih, dia bagi kelonggaran utk tukar uniform, jadi tahun 1994 tu, kira beruntung laa kami sbb ader 2 jenis uniform. Masa nie laa saat aku x boleh nak lupakan sbb uniform dah serupa gan bebudak sekolah harian, cuma kami still kena pakai songkok.

Dan inilah beberapa koleksi, yg masih ader sempat aku copy dari our pervious X smkadg 1994 dengan ihsan Ismail Ali @ Abd Aziz (Ketua Kelas 5A3)kami.



Our First Reunion pada tahun 1997 di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Fisrt Gathering -BBQ kat Belukar Bukit, Kuala Berang 1997

No comments: