Total Pageviews

Tuesday, September 26, 2006

Lena Di Ulik Intan

Kadang2 bila kita dok perhatikan baby tidur, timbul persoalan macam mana boleh berlaku kes penderaan kanak2. Mana pegi perasaan kasih dan sayang kita sesama manusia, sedangkan haiwan pandai mengasihi anak2 mereka. Bilaku renung wajah Nafhan, betapa beruntung dirinya kerana mempunyai ibubapa yang menjaga serta mengambil berat sejak hari pertama di lahirkan.

Berbeza gan aku, sejak dari kecil hingga kini. Aku tidak mengenali dan dapat menghargai kasih Abah. Maklum la! sejak kecil aku just dibesarkan sepenuhnya oleh ibuku (Hajah Zainah) hingga kini. Disamping di bantu oleh Arwah Nenekku (sehingga beliau meninggal dunia pd thn 1999).Begitu juga saat arwah abahku meninggal dunia di Pontian, Johor(3 July 2003: rumah abg Teh) sedetikpun aku tidak merasa sedih di atas pemergiannya tapi aku masih menghormatinya sbg seorg abah.

Kini bila aku mempunyai anak sendiri, aku berdoa dan berusaha utk memberikan yg terbaik demi masa depannya di samping tidak lupa menitik beratkan perasaan sayang dan kasih kepada ibubapa.Tepat sekali apa yg telah di tetapkan oleh KALAM bahawa perjalanan hidup manusia ini sememangnya amat unik dan penuh liku2 yg hanya mampu ditempuhi dengan diri yg berpaksikan kepada keimanan, kesabaran, kesungguhan dan bertawakal.

Maka terilham aku untuk mencoret kata2 sebelum memaparkan saat2 Nafhan dalam "Lena Di Ulik Intan"....



No comments: