Semenjak dua menjak nie, Nafhan pantang jumpa Children Playground, merengek dia nak turun dari kereta nak pergi main2. Benda yang paling dia suka, Icon macam binatang, kapal terbang gan motorsikal yang ader spring dibawah.Benda nie bila dia duduk boleh digoncang ke kanan dan ke kiri. Apa lagi,suka betul laa dia!!
Kebetulan, Last Saturday, kami try nak makan kat Cowboy Station, Kelana Jaya.Bersebelahan tempat tu ader taman permainan kanak2. Buaian yg di sediakan special sikit,sbb dah siap satu tempat duduk special untuk di ayunkan. Syok laa Nafhan, sebab first time dapat naik buaian sendiri.
Tapi ader satu peristiwa yg agak SPOIL sikit petang tu, kami plan nak rasa makan makanan barat kat Cowboy Station nie, Kelana Jaya. Mashaallah!! services dia orang memang teruk. Kami dapat tahu pasal kedai nie pun sebab wife aku dok tengok program Jalan2 Cari Makan( Host: Maria Tengku Sabri).Rancangan nie setiap Hari Sabtu. Lepas je tengok rancangan nie wife rasa nak gie makan kat situ, first time sbb tengok promotion gan menu makanan dia menarik.Apa kan daya, bila kami tiba slps maghrib, pelanggan start memenuhi ruangan kedai. Sampai2 lagi aku dah rasa lain mcm je! sbb meja masih belum di kemaskan.
Pelanggan dok menunggu depan kedai menantikan tempat duduk, pelayan dia org dok sibuk memanjang. Last2 kami cari meja kosong sendiri. Lepak kat situ, then pelayan siap kena panggil baru mereka kemaskan meja.10 minit kemudian baru kami boleh order makanan.Pelanggan makin ramai tiba. Seorg dari pelayan dia org bagitahu ramai pekerja yg tak datang. Lebih kurang 20 minit kemudian, makin ramai pelanggan yg meninggalkan kedai nie sbb tidak di layan then order lambat sampai.
Kebetulan Si Nafhan dok meragam nak tidur,so aku bergilir gan wife dukung dia depan tasik Kelana Jaya. Hampir setangah jam baru minuman kami sampai. Kami still boleh sabar, still menunggu. Pelanggan makin ramai keluar tapi mereka bersilih ganti. Hamir sejam kemudian, pelayan datang beritahu order kami sudah habis. Wife aku tukar order lagi. Then 5 minit kemudian pelayan datang lagi,belum sempat dia cakap apa2 dia dah boleh agak, wife aku bengang! dia teruskan batalkan order je. Kami cuma sempat minum.
Bila time nak bayar kat kaunter, wife aku dengar macam2 rungutan dari pelanggan. Mereka komplain makanan lambat gila!. Yang dia paling kasihan, seorang pakcik nak bayar makanan gan kad kredit tapi tidak di terima. Kesian kat dia, udah laa family yg datang tu ramai. Dia org makan bersebelahan gan kami.
Bagi kami sekeluarga Cowboy Station nie memang hampeh!!!. Aku Bagi 4 setengah bintang sebab Kehampehannya.
Antara ciri2 kehampehannya :
1. Pelayan mereka gan topi koboinya buat muka sardin gan pelanggan yg dok menunggu untuk mendapatkan tempat.
2. Harga makanan memang boleh tahan, mahal tapi tidak di sediakan khidmat kad kredit.
3. Services makanan memang lambat,siap nak kena panggil 2 3 kali untuk dapatkan minuman je!
4. Bekalan makanan tidak mencukupi, banyak menu makanan yg sudah habis, baru pukul 8 lebih.
Memang tidak dapat dinafikan memang ramai keluarga2 yg datang terpaksa pulang gan hampa. Ade yg datang malam 2 siap ambik order sendiri, tapi last2 terpaksa blah sbb tak tahan gan kelembapan servis mereka.
Maria Tengku Sabri sepatutnya check & survey dulu restraunt2 yg akan di promosikan dalam rancangan mereka. Sudah pasti penonton2 akan rasa tertipu dengan aksi2 yg menyelerakan semasa rancangan ini disiarkan di udara TV3.
Monday, May 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment