Total Pageviews

Tuesday, September 11, 2007

Engagement, Benta, Raub - Pahang


Selepas Solat Jumaat 31 August 2007. Kami sekeluarga bertolak ke Benta, Raub, Pahang pada pukul 3.30 petang. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. 1 September 2007, kami ada jemputan majlis pertunangan Suhairi Mohd Noor.(sepupu miah sebelah bapa). Malam tu kami bermalam di Rumah Rehat JKKK Jeram Besu.
Rombongan dari Jerteh & Dungun telah tiba pada pukul 5.00petang. Mereka bertolak dari Jerteh pada pukul 10.00 pagi. Alhamdullillah, perjalanan semuanya berjalan lancar.Lebih kurang pukul 6.20 petang kami sampai ke Jeram Besu.Kawasan ini dikenali tempat melakukan akitiviti sungai dengan berakit @kayak.Majlis Pertunangan ini berlangsung keesokan hari di sebuah kampung, menyeberangi sungai selepas dari Kg Jeram Besu.
Satu pengalaman baru buat kami sekeluarga.Kenderaan 4 tayar tidak boleh menyeberangi kerana mereka hanya di hubungkan dengan jambatan kabel yg di gantung. Selepas berjaya menyeberangi jambatan gantung (lebih kurang 800meter) kami perlu menaiki motosikal dalam 10 -12 minit perjalanan.Namun begitu mereka masih boleh membawa kenderaan masuk tapi perjalanannya agak jauh iaitu melalui Pekan Benta. Sebahagian penduduk kampung ini memang mempunyai kereta tapi mereka cuma parking kat tepi main road je dan setiap rumah memang ada motorsikal sebagai kemudahan utama perhubungan.
Terkejut Badak kami sekeluarga kerana memang jauh dan sukar betul untuk sampai ke rumah bakal tunang Suhairi.Apabila sampai, rombongan kami di sambut dengan mesra oleh keluarga pihak perempuan.Akhirnya semuanya selesai dan kami terus bertolak balik semula ke KL pada pukul 1.10 petang.Pertunangan ini hanya di ikat untuk tempoh setahun sebelum mereka melangsungkan perkahwina, INSYAALLAH!











No comments: