Total Pageviews

Monday, December 10, 2007

Deepavali - 8th November 2007.


Awal pagi Deepavali (cuti umum), kami sekeluarga dikejutkan oleh panggilan dari Terengganu. Ibuku telah dimasukkan ke ICU, Hospital Nur Zahirah (HNZ) Kuala Terengganu. Aku ambil keputusan bergegas pulang dari KL Ke Terengganu kira-kira pukul 4.30 pagi pada hari yg sama. Aku dimaklumkan bahawa ibuku mengalami sesak nafas serta sukar bernafas, sebaik saja ibu tiba di bahagian Kecemasan HNZ, beliau terus tidak sedarkan diri.
Menjelang tengahari kami sekeluarga telah selamat sampai ke Kuala Terengganu dan terus menuju ke HNZ. Setibanya kami disana, aku di maklumkan oleh Kakak, ibunda kami disahkan mengalami masalah jantung dan beliau telah di tempatkan di wad ICU selama 4 hari. Aku agak bernasib baik kerana ketika kejadian ini berlaku,kami terus dapat pulang tanpa mengambil cuti dan seterusnya sambung cuti ke hujung minggu.
Alhamdulillah selepas 4 hari berada di ICU, beliau di pindahkan ke wad biasa pada hari ke 5. berikutan ibu sudah dipindahkan ke wad biasa, aku sekeluarga sudah bersiap-siap untuk bertolak semula ke KL pada petang 11 November. Disepanjang kami berada di kampung, sempat la juga kami merakam gambar di pantai Batu Buruk sementara menunggu waktu lawatan HNZ (Hospital HNZ dekat ngan Pantai Batu Buruk)



No comments: