Total Pageviews

Monday, April 16, 2007

Nilai 3













Tanggal cuti persekolahan bulan Mac 2007, kami menerima kunjungan daripada ibubapaku, last sekali balik kampung ketika menyambut hari Raya Aidiladha lepas, itupun sebab korbankan lembu akikah untuk hero aku. Aku agak excited kerana dapat melepaskan rindu kepada kedua orang tuaku. Kiranya sanggup jugalah mereka menaiki bas, perjalanan yang mengambil masa 7 jam yang pastinya memenatkan mereka. Almaklumlah, mereka dah tua. Sebenarnya aku agak terkilan juga sebab tak dapat meluangkan masa bersama mereka, sebabnya aku tak dapat cuti. Ikutkan perancangan, banyak tempat yang kami hendak bawa, tapi sebab kesuntukan masa, hanya beberapa tempat sahaja. antaranya Menara KL, KLCC, Nilai 3,rumah sepupu kat Shah Alam, Alamanda, Equine Park. Itu aja! Aku ada ambil beberapa gambar yang berjaya dirakamkan, iaitu kat Nilai 3, KL Tower lupa nak bawak camera.

No comments: