Friday, April 13, 2007
URTICARIA
Apa itu Urticaria? ia adalah istilah perubatan atau dalam bahasa mudah ialah alahan. Pada 11hb April, Nafhan telah dimasukkah ke hospital Tawakkal kerana dia disyaki mengalami alahan. Sebenarnya tanda-tanda dia mendapat alahan sudah nampak pada malam 3hb lagi. Cuma dia mengalami tanda-tanda merah (red spot) pada bahagian muka. Dan pada tanggapan aku okeylah kot. Tapi menjelang pagi rabu, 4hb aku dapati bahagian perutnya juga ada kesan tanda merah, so aku nekad tak pergi keje sebab nak hantar anak ke klinik, Nafhan ku hantar ke klinik Fadzliyana (rupa-rupanya Dr ni tinggal sebaris dengan rumah aku). Menurut Dr, Nafhan ada alahan cuma Dr tak pasti lah samaada pada makanan atau persekitaran. Malah aku juga buntu Nafhan alahan pada apa sebenarnya. Oklah...seharian aku jaga Nafhan...nampak dia sihat walaupun bintik merah tu sekejap hilang dan timbul balik. Perkara ni berlaku hampir seminggu dimana pada petang Selasa 10hb masa aku ambil dari nursery, bintik-bintik merah tu semakin banyak dan timbul dan suhu badan Nafhan pun panas sedikit. Aku pun dah rasa bimbang sebab alahannya tak hilang2. Malam tu aku ada letak beras campur kunyit (macam bedak sejuk) kat seluruh badan dia. Satu badan dak kaler kuning, (petua bapak aku bagi). Oklah kot sebab aku berjaya tidurkan dia dalam buai...cuma bila time aku nak angkat dia tidur kat bawah...terjezutt aku bila tengok mukan dan anggota badan dia bengkak, yang ketara...matanya laa sebab mata galak dia bertukar jagi mata apek. Aku benar2 takut time tu..macam2 aku imagine...husband aku pun tak tahu apa nak buat then kami buat keputusan bawa di ke Hospital (tawakal). Kami tiba di sana jam 11.30 malam. Dr yang bertugas malam tu (Subra) pun cakap anak aku mengalami alahan & katanya ubat alahan memang sama di seluruh dunia cuma kita kena kenalpasti punca apa dia alahan. Then Dr nasihatkan jumpa dengan Dr pakar kulit, Mohd Noh keesokannya. Nafhan dimasukkan ke wad pada malam tu...keesokkannya bengkak pada badan dia semakin hilang, cuma kawasan matanya ada bengkak2 lagi, alhamdulillah. Nafhan dikeluarkan ke hospital pada 12hb, jam 2 petang dan matanya dak galak macam biasa. Cuma Dr nasihatkan agar aku pantau pemakanan dia, (aku sediakan nasi ikan, nasi ayam dan roti sahaja) untuk bekalan dia. So ari ni, aku harap anak aku tak ada apa-apa kat nursery..kesian dia...nangis aje bila aku passkan ke pengasuh. Nak buat macamana, aku kena kerja...anyway, nanti aku masukkan gambar Nafhan sebab aku ada snap gambar dia masa keadaan dia alahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment