Total Pageviews

Thursday, August 21, 2014

Friday, November 02, 2012

Lama menyepi...

Assalamualaikum,


Hampir 1 1/2 tahun, blog nie tidak diupdate since sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.Insyallah, aku akan cuba melapangkan waktu untuk aktif kembali dalam blogging. Dr meja LDC...


Akan ku gagahi jari jemari menaip di blog ini.Agak sia-sia dibiarkan begitu saja,apatah lagi semenjak dari 2006 sudah mula aktif di alam cyber.

Tuesday, May 10, 2011

Wajib Tonton Bulan May & Jun





















SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU DI DUNIA.




Salam,

Lama sungguh tidak bersiaran melalui blog ini. Agak usang kerana tidak dikemaskini, mungkin kekangan masa yang membataskan diri aku untuk menjengah ke blog ini dengan lebih kerap. Last update pun pertengahan tahun 2010. Hmmmm...agak lama jugak bersarang hihihihi. Oleh itu sebagai pembuka tirai tahun 2011, (pembuka ke??? dah masuk bulan Mei daaa...)aku akan upload kan lagu ibu nyanyian putera kecikku, Mizan dalam masa terdekat nanti. Tapi aku nak inform awal-awal, maybe pronounciation anak aku nanti tidak berapa jelas sebab Mizan ini cakap P.E.L.A.T sudah. huhuhuhu...tapi rhythm ok lagi. Nanti sama-sama kita saksikan. Selamat Hari ibu buat ibundaku, Zainah Harun, mertuaku Fatimah Omar dan ibu kepada anak2 ku, Rosmiah Mamat. Love U All.

Friday, May 07, 2010

TAU-Sukaneka 2010 (Continue)

Gelagat Mizan...menilik dengan penuh minat, pingat Nafhan menang..(Mizan terfikir..bila laa pulak aku boleh main nie.....


Pengurusan TAU,berkesempatan menjemput TAWAS, salah satu badan yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Selangor.Kedatangan maskot mereka, bernama Si Manis memeriahkan Hari Sukaneka TAU 2010.


Sebelum program berakhir, Ibubapa berkesempatan mengambil bahagian dalam Acara Bersama Ibubapa. Sempat laa Ibu Nafhan & Mizan menang tempat ke-2.Dapat laa kami bawa balik set gelas dari Ikea.

Menjelang tengahari majlis selesai.

Taska Anggur Ungu - Sukaneka 2010


1st May 2010, Taska Anggur Ungu (TAU) Nursery Nafhan & Mizan mengadakan Sukaneka di Padang PUJ 6, Puncak Jalil.
Awal2 pagi lagi Nafhan dah bangun,siap sedia nak ke padang. This year, kami siap sedia tapi tak kuar awal seperti yg dinyatakan dlm surat (8.00 pg berkumpul kat Padang PUJ 6).Maklum la, last kami sampai awal,sekitar 7.45 pg.Last2 acara bermula lebih kurang pkl 9 pagi. Jenuh gak dok menunggu.
Pengajaran untuk tahun nie, datang jgn terlalu awal.Standard laa for bebudak sukaneka..memang jarang2 start panctual mcm schedules.Sempat laa aku merakam aksi kedua2 bersama gan kengkawan dia org...





Tahun nie Nafhan sempat ambil bahagian dalam acara, kumpul mawah merah. Last year, dia tak sempat nak masuk acara sbb kena muntah2 gan cirit-birit, just jadi penonton je!.Tahun nie dapat juga laa dia merasa kumpul pingat...bangga tu!acara berkumpulan gan aweks2!



Mizan pun tak kurang hebatnye,siap berebut2 nak pakai pingat yang dimenangi Nafhan.Paling kurang, Nafhan tak pulang tangan kosong tahun nie...ada la kenangan untuk dia(hadiah sempena ulangtahun dia yg ke-4)


bersambung...

Thursday, May 06, 2010

FPM - Hi Tea Alumni



Tetiba, aku menerima panggilan telefon dari Fakulti Pengajian Maklumat,Uitm. Pihak Fakulti memaklumkan berkenaan majlis Hi-Tea Alumni pada 26th March 2010. Macam biasa, secara spontan..aku terus menerima jemputan tanpa bertanya berapa ongkosnyer!...
Selang kemudian, detail of program aku terima melalui email dan bayaran di buat untuk 2 org(for sure wife..kena ikut)maklumla...kami memang berasal dari satu pengajian semasa di Uitm Shah Alam. Temanya di syorkan berpakaian kuning.
Dlm kepala aku...for sure akan terjumpe gan kengkawan yg telah lama terputus hubungan.Maklum la,semuanyer dah mempunyai keluarga gan profession masing2.
Namun, apa yg kami harapkan...meleset sama sekali...tak ramai yg hadir, cuma sebahagian kecil je yg datang. Itu pun terutama kepada mereka yg still have communication or contact with few lecturer...tapi itu semua still tak menjadi penghalang...
Sempat laa aku berjumpa serta berbual gan beberapa org Senior Lecturer such as Dr Wan Kadir, Dr Sharif, Puan Aliza,Dr Rusnah...dan member satu batch..memang tidak di sangka2...Raja Norsafuan(Archivist- Arkib Negara Malaysia).
Apa lagi, bila jumpe geng satu batch,kebetulan kami memang satu kelas dan...sempat lepak or kuar minum bersama sewaktu tinggal di rumah sewa..Seksyen 7 Shah Alam.
Apa yg menarik, masuk ke Semester dua (1999), kami di beri peluang untuk memilih pengkhususan dalam Information Management samada memilih Library Management & System(IM20),Management Information System(IM21), Record Management(IM22) or Resource Centre Management(IM23).
Semester nie lah, kami mula berpisah berdasarkan pengkhususan yang di pilih. Kebetulan, aku,wife, King(Raja Norsafuan) gan kengkawan yg lain...kami berada di group B( time tu...kami merupakan batch yg paling ramai...sekitar 200 org bagi Ijazah Pengajian Maklumat(IM).
Tahun kami merupakan....kumpulan yg pertama..Fakulti mula buka pintu..gan kemasukan bilangan pelajar yg besar..tapi alhamdulillah, boleh dikatakan...hampir semua kami saling mengenali..kecuali(yg low profile..or pemalu...mcm wife aku kot!)
Time nie pun...semua kami still bercampur dan berkawan gan semua pelajar..sbb belum di pisahkan dengan pengkhususan lagi..Itu yg unik tentang batch kami(sessi 1998-2001).
Aku buat survey gan senior2 then buat keputusan untuk memilih Record Management.Dari sini kami mula terpisah gan kengkawan yg lain. Wife aku, King,Tariq,Murni,Jue,Oni mereka memilih Management Information System.
Semua tu dah berlalu....bila kami tamat pengajian, tak ramai yg betul2 practise apa yg kami pelajari. So far yg betul2 dari Record Mgt, practice cuma aku gan Saifolasri(Medical Record Ex -IJN) gan kengkawan yg lain beralih ke Librarian -M'sia National Library.
Dari sini, apa yg mengejutkan...King..tamat pengajian,keje sekejap then dia sambung for Master..tup2...dia dapat offer as Archivist kat ANM. Memang tak disangka2.Itu apa yg boleh kita katakan...rezeki itu semuanyer dtg dari tuhan...yg pasti..jika kita berkehendak..usaha setakat yg mampu, selebihnye..kita berserah kepada tuhan yg Maha Kuasa..Amin.
Hmmm..panjang lebar kali nie aku menulis...sampai terlupa nak uploadkan photo2 buat tatapan gan kenangan dalam blog nie..Apa lagi...nah!...kita saksikan..sesudah 9 tahun aku tamat pengajian di Uitm, Shah Alam....Uitm tetap di hatiku!!!!!!!






Wife aku gan Kasimar(Wife King) Similar Couple from IM Faculty,Uitm

PPM - Kencana HL-Lumut








15th April 2010, aku berkesempatan joint Pre-Production Meeting gan one of awarded Sub-Contractor to SapuraAcergy-Gumusut Kakap FPS project kat Kencana HL-Lumut.
First time aku ke Lumut, lebih2 lagi gan office mate.
Kami bertolak dari Sapura@Mines lebih kurang pkl 9.00 pagi dan selamat sampai kat Lumut sekitar 11.30 tghari. Perjalanan memang dirancang utk pergi balik dalam satu hari.
Alhamdulillah, boleh laa gilir2 dari gan office mate. Sampai je Lumut, kami teruk pekena Mee Rebus kat area Setiawan. Main belasah je, jumpe kedai..terus berhenti.Tak der nak survey2..turun terus makan je...
Al maklum laa....dari exit Bidor ke Lumut...kami drive je...sbb nak kejar masa..PPM start pukul 1.30 tgh..
Around pkl 1.00 kami masuk dlm kawasan Yard Kencana...selesai je meeting..sempat laa aku...snap few photo buat kenangan ke Kencana HL...Moh kita saksikan...





Sebelum..bertolak balik..sempat laa aku jumpe gan counter part from Kencana HL(Project Document Controller)...tapi terlupa laa pulak aku nak minta kebenaran gan dia org snap 2 3 keping photo...yg sempat..ambik cuma office dia je!..

Sunday, March 21, 2010

Putrajaya - 2nd Hot Air Balloon - 21st Mar 2010



Sempena musim cuti sekolah(walaupun anak2ku masih x sekolah...ambik kesempatan)bawa mereka ke Putrajaya- 2nd Hot Air Balloon. Seperti biasa,tema kami sekeluarga..Merah Ferrari ( 1st 2010 FI- Ferrari -Champion maa!!!)Walaupun, cuaca agak panas tapi kami sekeluarga still cool gan boleh bertahan gan bahangnyer...yang pasti MiZaN tampil gan imej baru...imej ala2 skin head(tapi x berapa nak menjadi sbb rambut dia ala2 David AlleyCat)...Moh!kita saksikan bersama..















MiZan-macam biasa kena tinggal..lepak sorang2 dlm ketta dia...sementara menunggu Nafhna,Abah & Ibu dok posing gan Small Aircraft

Info dari yg jaga Aircraft nie...price dia more than 300K and not suprice belong to one of X MB Perak..(Yeop!..cuba teman teka sapa yg punya!!!)